Taman Firdausi

 
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamduillah, selepas pembukaan Facebook Taman Firdausi pada April 2010, fanpage kami mencecah 400 orang. Kini, kami melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran laman web ini. Semoga dengan kemajuan teknologi ini dapat menambah baik peluang dan ruang dalam perniagaan yang cuba dan sedang kami usahakan ini.

Kami bermula dengan 0. Sepertimana bayi yang baru dilahirkan ke dunia ibarat kain putih, ibu dan bapa yang akan mencorakkannya sama ada kekal dalam fitrah Islam atau menjadikanya Yahudi atau Nasrani. Maka, bisnes yang kami anggap sebagai bayi ini, kami sendiri yang bertanggungjawab bagi mencorakkannya.

Besarlah harapan kami supaya ia menjadi perniagaan yang diberkati Allah dan dihitung sebagai 9/10 daripada punca rezeki sepertimana hadis Nabi SAW.

Mengambil kata-kata daripada seorang teman yang sedang mengembangkan sayapnya,
      
"Another step in your life. Akan ada liku, jatuh, terhantuk dan bangun, Sekurang-kurangnya kita sudah mencuba, kan?"


Insya-Allah, semoga Allah membuka jalan dan pintu rezeki yang seluas-luasnya untuk hambanya ini. Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan tetapkan pendirian kami di atas agamamu. Amin ya rabbal alamin.


~ Taman Firdausi ~



Leave a Reply.